Friday 6 September 2013

wanita bersalin

Assalammualaikum sesiapa yang membaca apa yang saya tulis ini,sesiapa yang berkahwin dam mendapat anak pasti ibunya begitu gembira sekali kerana anaknya itu akan menolongnya apabila besar.Ibu saya telah melahirkan anak perempuan.Ibu saya sungguh gembira kerana mendapat anak baru.Saya juga gembira apabila mendapat adik perempuan yang baru.Ibu saya bersalin pada pagi ini pukul pukul 3 pagi.Pada tengah hari ini saya akan melawat ibu saya di hospital serdang.Itu sahaja ynag saya tulis untuk hari ini.
Terima kaseh...Laen kali baca lagi.

Sunday 18 August 2013

DOSA

Kawan2 nak tau tak yang banyak dosa kita dah buat.semua orang mesti mempunyai dosa kecuali nabi dan rasul.Ibu saya telah menceritakan sesuatu cerita pada hari kiamat nanti.Pada hari kiamat nanti ada satu jalan yang sangat kurus,Di depan mempunyai syurga yang sangat cantik tetapi dibawah ada neraka yang sangat panas.Apabila kita lalu dan dapat sampai ke syurga kita akan mendapat masuk ke syurga tetapi apabila lalu dan jatuh maksudnya orang itulah yang memasuki neraka jahanam.Itu sahaja bye2.


Terima kaseh...Laen kali baca lagi.

BALIK KAMPUNG

Assalammualaikum pada semua yang membaca blog saya ini.Pada hari selasa minggu yang lepas,saya dan keluarga saya pulang ke kampung untuk beraya di kampung atok dan nenek saya.Ramai saudara mara saya memberi duit raya yang berharga 10 ringgit.Sehingga duit saya seratus lebih.Alhamdulillah saya mendapat banyak rezeki daripada Allah S.W.T..itu sahaja bye2.



Terima kaseh...Laen kali baca lagi.

Saturday 17 August 2013

HARI RAYA

Selamat hari raya semua maaf zahir dan batin.Kadangkala pada hari raya ramai orang balik ke kampung mereka,Jadi pada minggu ini saya akan balik ke kampung saya. Itu sahaja bye2. :)
Terima kaseh...Laen kali baca lagi.

berpuasa.

hai semua,selamat berpuasa pada hari ramadan.Apabila hari raya nanti,adik2 jangan datang ke rumah orang untuk mendapatkan duit raya tetapi datang ke rumah orang untuk meminta maaf kepada sesiapa yang kita telah buat salah itu sahaja bye2.


Terima kaseh...Laen kali baca lagi.

Monday 23 July 2012

BERBUATLAH BAIK.

Assalammualaikum semua... saya nak tanya pasal sikap awak.Cuba awak berubah perangai awak barulah orang nak kawan dengan kita. Saya dengar ramai yang melanggar perintah allah.Jadi jagalah sikap awak.ok by assalammualaikum.... :)
Terima kaseh...Laen kali baca lagi.

Saturday 7 July 2012

Rezeki

Assalammualaikum semua.saya nak cakap pasal rezeki.Semua bila rezeki ada pada tangan kita.Kita kenalah bersyukur.contohnya bila allah bagi kita makanan tapi kita tidak suka.nanti allah langsung tak bagi kita makanan. Haa.... sebab itulah kita kena bersyukur.. OK sampai situ sahaja bai assalammualaikum...
Terima kaseh...Laen kali baca lagi.